
|
Doa duduk antara Sujud
Monday, March 26, 2012 • 2:47 PM • 4 comments
Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju-laju.. Tahukah anda maksudnya?
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (Sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
Labels: agama hukum memakai bulu mata palsu
Wednesday, March 21, 2012 • 1:04 PM • 0 comments
macam dah jadi satu trend pulak kan bila pakai lens yang 16 mm dengan fake eyelash! hahahaha. eye lash yang sungguh menggoda atau yang menggerunkan macam gambar kat bawah ni. kalau naik run away, xpe la juga kan? kalau pakai setakat nak show off, baik lupakan. harap dapat pujian, nanti tengok tengok dapat jelingan dan makian berbakul bakul. hohohohoho. kembali ke topik utama, pemakaian fake eye lash. saya bukan seorang yang begitu arif, sekadar ingin berkongsi sebab fake eyelash ni murah dan senang nak dapat. yang guna pun mestilah kaum kaum hawa macam saya. especially for wedding, engagement, photoshoot or even daily life. Pemakaian bulu mata palsu adalah haram, selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu.
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam. Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Sebagai peringatan, gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
Wallahua’lam
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA ;) 13 aurat wanita yang perlu diketahui
Wednesday, February 22, 2012 • 9:55 AM • 0 comments
tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Tunggu apa lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah.. para isteri, tidak sayangkah anda pada suami² anda? suami² anda akan ditanya, dipersoalkan kelak dihadapan Allah.. kasihan pada mereka.. suami-suami? tidak cintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat di akhirat.. Na'uzubillahhimin zaliq.. bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikan bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang beriman.. Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin. 1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah. 3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. 5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari. 8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi. 10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah. 11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. 12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Wallahuta'ala'alam.. Labels: agama 16 tanda kematian mulia
Monday, February 13, 2012 • 5:00 PM • 0 comments
Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
Labels: agama Nama Nama Ketua Syaitan
Monday, December 19, 2011 • 1:12 PM • 0 comments
Di sini disebutkan ENAM BELAS nama ketua syaitan dan peranan mereka menggoda manusia di atas dunia ini agar berbuat jahat, maksiat dan derhaka serta selalu lupakan Tuhan yang Maha Esa: 1. Zalitun : tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan. 2. Watin : tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah taala. 3. A’awar : tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik. 4. Haffaf : tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya. 5. Murrah : tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk. 6. Masud : tugasnya menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia. 7. Dasim : tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka. 8. Walahan : tugasnya menimbulkan rasa waswas dalam beribadat, khasnya ketika orang itu sedang mengambil wuduk. 9. Lakhus : tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah. 10. Sabrum : tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima, umpamanya mengoyak-ngoyak baju pada saat kematian ahli keluarga dan sebagainya. 11. Miswat / Maswat : tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal salih. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar. 12. Zaktabur / Zaknabur atau Zalanbur : tugasnya ialah menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya. 13. Khinzab : tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang, dengan membuatkan manusia berasa waswas dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya. 14. Laqnis : tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna. 15. Abyadh : inilah jenis syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia. 16. Khannas : inilah syaitan yang menimbulkan waswas hati terhadap adanya Allah taala, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingat Tuhannya sepanjang masa. Sebenarnya ada banyak lagi nama mereka, umpamanya di dalam Surah Al-Fatihah saja ada 6 nama anak syaitan @ anak Iblis. Semuanya nak menyesatkan umat manusia, khususnya yang Islam dan beriman kepada Allah. Semoga kita mendapat serba sedikit ilmu manfaat daripada secebis pengetahuan yang ada ini, khasnya untuk menghadapi godaan syaitan. Lambang salib kat CLORETS INFINITY !
Tuesday, January 18, 2011 • 8:14 PM • 5 comments Pada 22.12.2010 yang lalu saya telah menerima email dari seorang sahabat baik. Pada awalnya saya kurang yakin dengan email berantai yang sering kita terima dan kita tidak pasti kebenarannya. Jika kita menghantar (forward) email yang tidak sahih akan timbul satu fitnah yang berpanjangan. Kekadang email yang kita terima sudah diubahsuai (edit) oleh pihak tidak bertanggung jawab.Sebelum saya forward email dibawah saya cuba mencari bukti kebenarannya. Pada 26.12.2010 saya telah membeli gula-gula “Clorets Infinity” seperti yang diberitahu di kedai serbanika yang dimaksudkan. Bila dibuka penutup, saya terus beristiffar, ternyata dan apa yang saya dapati email dibawah ini adalah benar. Begitulah caranya orang kafir latnattulah menyebarkan ajaran sesat untuk menyembah syaitan secara senyap/halus. Jika tidak diambil peduli ini bermakna, jika kita orang islam membeli produk Clorets, sudah pastilah sedikit sebanyak kita menyumbang dana ke agama sesat tersebut. Dan, secara tidak langsung atau tidak sengaja di dalam poket manusia terutamanya orang-orang islam akan terdapat salib di dalam poketnya walaupun dia sedang solat jika ianya tidak mengetahui. Ini salah satu sebab kenapa kita tidak khusyuk bila mengerjakan solat atau ibadah lain kerana kita sering menggunakan produk yang tidak tentu asal usulnya, tidak halal yang kita gunakan atau makan. Pandainya tindakan orang-orang kristian menyebarkan agamanya kepada manusia dan kita orang islam semua tahu, mereka semua adalah golongan orang-orang yang sesat di sisi ALLAH SWT. Ini adalah bukti yang benar: Mulai hari, sama ada di dalam poket, kereta atau di rumah kita yang mempunyai produk gula-gula Clorets buangkan kedalam tong sampah. Kita orang-orang islam berjanji untuk BOIKOT (tidak membeli/mengguna) produk clorets atau sekutunya ps: ni email forward yg aku baru dpt.aku sharekan dgn korang sbb aku suka sgt dengan clorets nih "____" |
MY WORDS;
GIVE ME YOUR WORDS;
![]() OTHERS;
♥ >> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am
♥ >> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |