hukum memakai bulu mata palsu
Wednesday, March 21, 2012 • 1:04 PM • 0 comments
macam dah jadi satu trend pulak kan bila pakai lens yang 16 mm dengan fake eyelash! hahahaha. eye lash yang sungguh menggoda atau yang menggerunkan macam gambar kat bawah ni. kalau naik run away, xpe la juga kan? kalau pakai setakat nak show off, baik lupakan. harap dapat pujian, nanti tengok tengok dapat jelingan dan makian berbakul bakul. hohohohoho. kembali ke topik utama, pemakaian fake eye lash. saya bukan seorang yang begitu arif, sekadar ingin berkongsi sebab fake eyelash ni murah dan senang nak dapat. yang guna pun mestilah kaum kaum hawa macam saya. especially for wedding, engagement, photoshoot or even daily life. Pemakaian bulu mata palsu adalah haram, selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu.
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam. Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Sebagai peringatan, gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
Wallahua’lam
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA ;) |
MY WORDS;
![]() GIVE ME YOUR WORDS;
![]() OTHERS;
♥ >> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am
♥ >> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |