C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOG
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Monday, November 15, 2010 • 2:19 PM • 2 comments
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang sedia untuk kau pilih.. Namun kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang jauh dari kesempurnaan. Sebab itu, aku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, tetapi terlalu banyak kekurangan diri ini.

Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tidak sebijak Khadijah, kerana aku ingin kau tahu, aku membuat kesalahan tanpa kesedaran ku. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, aku tidak akan mengingkari kata-kata mu...

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tidak selamanya aku dapat mempamerkan kecantikkan ku di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan comot. Mungkin kerana aku sibuk memasak di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membersihkan istana kecil kita, agar kau dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan tenang. Maka mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja.. Ataukah kau akan menemuiku tersengguk-sengguk di saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam, saat kau tidur dengan nyenyak, aku tidak sedetik pun tidur kerana menjaga anak kecil kita yang sedang meragam, dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tidak ingin ku mengusik sedikit pun lena mu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tidak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan melihat ku begitu marah dan menangis, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tidak akan menemuimu, atau kau begitu sibuk dengan kerja mu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekan yang tak habis-habis. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi terkadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemui ku menangis menyesali perbuatan ku pada anak kita, dan aku akan rasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tidak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajar ku, membimbing ku ke arah-Nya, walau kadang-kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajar ku.. Jangan segan membangunkan ku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkan ku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemui rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tidak akan menemui ku sebagai wanita cantik, yang kau dambakan puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kaerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bercambah, ialah rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Setiap hari, setiap jam, minit dan saatnya, telah aku lewati dengan jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..



PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • FB ; Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam
  • F * C K ! - BUKAN entri mencarot
  • aku terKAKU
  • MAWAR MERAH di langit
  • orang kurang upaya
  • i t u hak peribadi aku !
  • d a r a h babi dalam puntung rokok !
  • k a t a - kata dari si gumok saya !
  • T A G ; Only ONE
  • a p s a l kau buat perangai pagi pagi nih ? ? ? ?